Tuesday, December 1, 2009

MAMPAN kembali...

Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (MAMPAN) kembali lagi. MAMPAN kerjasama Yayasan Pahang akan mengadakan Perhimpunan Anak Pahang Dan Pelancaran Sedekad MAMPAN sempena 10 tahun penubuhan MAMPAN. Turut hadir Dato' Seri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang. Butiran Program seperti berikut:

TARIKH : 2 JANUARI 2010
TEMPAT :MMU,Cyberjaya
MASA : 7.00 MALAM


Pengngkutan akan disediakan bagi setiap kampus. penginapan turut disediakan bagi kampus luar lembah Klang. Bagi mahasiswa UM sebanyak 5 buah bas disediakan. Bagi mahasiswa UM yang ingin pergi sila hubungi saya di adikkua@yahoo.com @ 013-6294091. Sila beri NAMA PENUH, no KAD PENGENALAN dan NO TELEFON. kalau ada kawan yg duk UM pun leh bg no contact diorang pada saya untuk dihubungi.

wallahualam



Monday, November 9, 2009

Penuh Keyakinan!!



Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, Dikau yang maha pengasih lagi maha penyayang, Engkau memberikan kasih sayang mu dengan melimpah ruah, Engkau tetap memberikan walaupun kami sering lalai dan lupa kepada mu.

Ampunlah segala dosa kami Ya Affuw yang maha pemaaf, Ya Ghafur yang maha pengampun, Ya Tawwab yang maha penerima taubat.

Ya Allah Ya Alim yang maha berilmu, Yang HAkim yang maha bijaksana, YaRashid yang maha pandai, kami hamba Mu yang lemah ini bakal menghadapi peperiksaan yang amat penting bagi kami untuk meneruskan perjuangan menegakkan islam, maka Ya ALLAH, kau kurniakanlah sedikit ilmuMu, sedikit kebijaksanaanMu dan kecerdasanMu agar kami dapat menjawab soalan dengan tenang, baik dan teratur dan Ya ALLAH Y a Malik, hanya padaMu kami bertawakal, tiada yang lain Ya ALLAH. Amin..

*Bicara hati (doa) dengan penghayatan ALLAH Ya Sami' melalui penghayatan Asma AL Husna- prof madya wan maseri

Monday, September 7, 2009

KENANGAN TASEK BERA MENGGAMIT...

16 OGOS- 18 OGOS 2009

ALhamdulillah saya telah berkesempatan mengikuti satu kerja lapangan kelas limnologi bertempat di TASEK BERA!

WAAH..saya begitu teruja kerana jarang sekali peluang sebegini tiba

banyak sekali pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang berada disana.. dan yang penting sekali membuka pintu hati dan akal akan keagungan ALLAH SWT sekaligus menambah keimanan dan ketakwaan kepadaNya...

sebagai muslim yang seharusnya kita mencintai alam sekitar, Tasek Bera menjadi destinas sesuai sebagai tempat kunjungan kita semua...

kami bertolak dari UM sekitar pukul 10 pagi dan sampai di sana hampir pukul 3 lebih.

kedatangan kami disambut mesra staf UM yang telah datang sehari lebih awal serta beberapa pakcik orang asli... kami dibawa ketempat penginapan menaiki pajero dan van. melihat sahaja pondok yang bakal kami menginap dari jauh cukup membuatkan sesetengah dari kami teruja. apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah masuk ke hutan.

waah, ini sukup baik.saya ingatkan kami akan tidur dalam khemah berlantaikan tanah.hehe..

nama kg tersebut

Barisan pondok tempat kami menginap handmade by orang asli

kemudahan dalam resort pondok kami..hehe

Hari pertama kami tidak diberikan aktiviti khusus dan sekadar berjalan-jalan ke rumah orang asli berdekatan

masuk hari kedua kami dibahagi kepada 2 kumpulan yang akan bergilir-gilir ke sungai dan tasik. kumpulan saya mendapat giliran ke sungai pada sebelah pagi.

sampai sahaja dilokasi kami bertembung dengan pengail ikan yag sedang menjual hasil tangkapannya. ikan yang dikail bukan sebarangan. ikan mahal tu..baung,tapah...dll. sekilo boleh mencecah harga RM 25 keatas.

Dayah dengan hasil tangkapan

Dan tugasan pertama pun bermula!!

kumpulan kami


Prof Z sedang memberi tunjuk ajar (>_<)
Petangnya pula giliran kami turun ketasik dengan menaiki bot..Bersedia untuk pengembaraan yang lebih mencabar!


jangan berebut-rebut kat kak ika tutor kami

Bismillah...GO pakcik!!! bawak laju-laju sket

Dayah dengan alat paling mahal multipurpose(200k)

kami agak beruntung mendapat giliran ke tasik pada waktu petang kerana sempat menikmati suasana matahari terbenam. indahnya tak terkata...

subhanallah

'dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada diantara keduanya dengan main-main'
16,alAnbiya,

dah penat lar menaip,nantilar saya sambung...huhu

Wednesday, August 26, 2009

Iklan...iklan...

perasmian Suasana Terindah Ramadhan (SUTERA)
*ralat : 27 ogos 2009 bukan 27 september 2009


Aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan

haa... sempena ramadhan kali ini JKP Balai Islam membawa satu pembaharuan kepada anda.

jangan sia-siakan setiap peluang yang disediakan!!!

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN....


Madrasah ramadhan menjelang kembali..
ramadhan yang sama, natijah yang berbeza
memetik pesanan seorang sahabat,

" bagaimana menghadapi ramadhan saat ini?,
samakah dengan hari-hari di bulan-bulan biasa?
jika sama, maksudnya kita masih banyak berangan
dan tidak bersedia..."

Anda bagaimana pula?

Peringatan buat diri, jadikanlah dan hayatilah ramadhan kali ini seolah-olah inilah ramadhan kita yang terakhir...

Ya Allah bantulah kami mencapai keredhaan dan keampunan dari Mu...ameeen

Saturday, August 22, 2009

fuhh..fuhh...berabuk..

ASSALAMUALAIKUM WBT

hmm lama dah tak bersihkan ruang ni dengan sebarang pengisian...
banyak benda dan perkara yang saya nak kongsi disini..

fieldwork di tasek Bera, program Nisa' di KLCC dan lagi..lagi..

hehe..nanti saya uploadkan dengan gmbar sekali...

harap bersabar..

Monday, July 13, 2009

kifarah wa tarbiyah

alhamdulillah berlalu sudah cuti semester kali ini...
hehe... macam-macam terjadi...
pelbagai ujian dan dugaan realiti yang datang..

ada kalanya lagha dan alpa. aakalanya tersentak dari kelalaian...
hehe melayu mudah lupa
Justify Full
dipendekkan cerita adalah beberapa perkara yang menyayat hati berlaku menjelang penhujung cutu hari 2.

1) laptop n hanset kesayangan hilang kena curi ( ni mesti kifarah sebab slalu lagha ngan 2 benda nie)

2) kehilangan sahabat tersayang NUR NADIA SALLEHUDDIN..(AL Fatihah...)

hmmm.... Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih maha mengetahui apa yang terbaek buatku.. ku redha akan ketentuanmu..hazafkanlah perkara yang menyebabkan ku jauh dariMU... bantulah aku mendekatiMU...

* p/s syukran buat sahabat-sahabt yang sudi meminjamkan hanset n laptop wat sementara waktu ini. hanya Allah mampu membalas jasa kalian.