Thursday, June 18, 2009

FENOMENA lemah kaum MUSLIMIN... 1 Renungan

Fenomena lemah iman kaum muslimin seolah-olah sudah menular dengan begitu drastik kini, sesuatu perkara yang semakin sukar untuk dibendung. Dari hari ke hari semakin ramai kaum muslimin mengadu kerana kekerasan hatinya yang diucapkan berkali-kali melalui ungkapan mereka seperti; “Saya merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku. saya tidak pernah mendapat kenikmatan dalam beribadah.

Saya merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada dalam jurang. saya tidak terpengaruh oleh bacaan Al-Quran dan mengapa mudah sekali saya terjerumus dalam kedurhakaan?” Sesungguhnya penyakit lemah iman itu mempunyai beberapa tanda dan fenomena di antaranya:


1) MELAKUKAN KEDURHAKAAN DAN DOSA

Terdapat orang melakukan kedurhakaan secara terus-menerus, ada pula yang melakukan pelbagai jenis kedurhakaan. Apabila sering melakukan kedurhakaan akan menyebabkan menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan lagi, seterusnya hati menjadi sirna daripada merasa kedurhakaan itu dan akhirnya berani melakukan secara terang-terangan.


2) MERASAKAN ADANYA KEKERASAN DAN KEKAKUAN HATI

Kerana persaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksan batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun.

Firman Allah: “ Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi” (2:74). Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat tentang kematian,tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang membujur kaku. Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan mengurungnya di liang lahad, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian banyak kuburan tidak ubah seperti langkah-langkah di antara longgokan batu.


3)TIDAK TEKUN DALAM IBADAH

Tidak khusyuk semasa solat, membaca Al-Quran, berdoa dan lain-lain. Tidak memikirkan dan menyemak makna-makna doa yang dibaca, sehingga membaca hanya sekadar rutin harian. Mungkin doa yang dibaca hanya terbatas kepada doa-doa yang tertentu sahaja, sehingga tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya. Padahal Allah SWT tidak menerima doa yang dibaca hanya sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebut dalam satu hadis;

“Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main” ( At-Tarmizi)


4)MALAS UNTUK MELAKUKAN AMAL TAAT DAN IBADAH SERTA MEREMEHKANNYA

Ibadah yang dilakukan hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh. Allah telah menyifatkan orang-orang yang munafik dalan firmanNya;

“Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas” (4:142). Selain itu, sesorang tidak mempedulikan hilangnya tanda-tanda kebaikan dan meremehklan waktu-waktu yang tepat untuk beribadah. Contohnya, menunda-nunda ikut solat jemaah dan solat jumaat. Padahal Rasulullah SAW bersabda;

Masih ada sahaja golongan orang yang menunda-nunda mengikuti saf pertama, sehingga Allah pun menundakan keberadaan mereka di dalam neraka” (Riwayat Abu Daud)


5) TIDAK TERSENTUH OLEH AYAT-AYAT AL-QURAN

Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pensifatan kiamat dan lain-lainnya di dalam Al-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi Al-Quran, dan tidak berusaha untuk membuka dirinya untuk berhubung secara langsung dengan Al-Quran.


6)MELALAIKAN ALLAH DALAM BERZIKIR DAN BERDOA

Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berat bagi dirinya. Jika mengangkat tangannya untuk berdoa, dengan secepat kilat juga dia menelangkupkan tangannya dan menyudahinya. Allah telah menyifatkan orang-orang munafik dalam firmanNya;. “Dan mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sahaja’ (4:142)


7)TIDAK MERASA TERGUGAT TANGGUNGJAWAB UNTUK BERAMAL DEMI KEPENTINGAN ISLAM

Tidak mahu berusaha untuk menyebarkan dakwah. Keadaan ini jauh berbeza dengan para sahabat nabi. Seorang pemuda Ibn Amr langsung beranjak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja masuk Islam. Tetapi majoriti orang-orang zaman sekarang hanya duduk senang dan tidak memikirkan tanggungjawab untuk berdakwah meskipun sekian lama sebagai seorang muslim.

Di sini kita sama-sama renungkan adakah iman kita lemah. Jika kita menepati ciri-ciri seperti di atas, berusahalah untuk mengubahnya kerana masa tidak menunggu kita. Dari sehari ke sehari usia kita meningkat, umur menjadi semakin pendek. Jangan sesekali kita merasa angkuh meskipun kita memakai tudung yang labuh atau mempunyai tanda sujud di dahi dengan merasakan diri kita sebenarnya beriman kerana itu bukanlah syarat seseorang itu mempunyai iman yang kuat....

..Untukku dan sahabat-sahabatku..


*diambil dari emel yang dihantar oleh saudari Maisarah


Thursday, June 11, 2009

EGO pada insan bergelar IBU.. WAJARkah kita


Sebenarnya bukanlah sekadar kisah ibu yang ingin saya bawakan disini tetapi berkait rapat dengan sikap kita yang jarang kita selidiki dan perhatikan. Bermulanya kisah......

Sejak lahir sampai besar la ni, entah berapa kali kita ucap terima kasih kat mak ayah kita kan...lagi-lagi mak... mak ayah saya bukan jenis yang suka berterus terang perasaan mereka hatta dengan anak-anak mereka sendiri... jadi melekatlah pesen macam tu kat kami adik beradik. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menzahirkan rasa berterima kasih kepada ibu bapa kita kan.

EGO..

Dulu aku mempunyai perasaan agak ego dengan mak aku. mungkin kerana mak aku bukan seorang berpendidikan hingga ke IPT dan hanya pada SPM. walaupun begitu mak aku kaya dengan ilmu terutama kemahiran seperti memasak, menjahit dan macam-macam lagilah. Tapi entahlah,apabila ibu mengomen apa yang aku buat aku akan menganggap yang mak aku tak tahu apa-apa. terukkan...Astaghfirullah berdosanya aku. aku juga jarang mengucapkan terima kasih pada mak aku. sejak aku tingkatan satu aku menginap di asrama dan hanya pulang ke rumah aku di Temerloh 2-3 kali je setahun. tapi tak pernah pun aku
homesick rindukan rumah. mungkin sifat keras hati yang ada pada aku membuatkan aku begitu.

TRANSFORMASI

hinggalah aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. di sini aku dipertemukan illahi dengan sahabat-sahabat yang mulia akhlaknya. subhanallah betapa mereka ini mengetuk pintu hati aku dengan hanya bermodalkan akhlak mereka. hati aku bertukar lembut dengan kasih sayang dan akhlak yang mereka hulurkan. (transformasi hati dan fikrah...hehe). sikap aku terhadap mak ayah aku turut berubah.(walaupun tak sampai 60%..huhu :(... ) hinggalah satu hari aku terdengar lirik nasyid lafaz yang tersimpan. betapa hatiku dipuput sayu dan hiba secara tiba-tiba. betapa aku tidak mahu mak abah ku meninggalkan dunia ini tanpa sempat mendengar sepatah pun kata terima kasih daripada aku. Sejak saat itu aku cuba mengamalkan sikap berterima kasih kepada ibu bapaku. termasuklah mengajarkannya pada adik-adikku.

sesungguhnya tiada apa pun yang berkurang jika kita berterima kasih dengan seseorangkan, malah akan membungakan kasih sayang. malah dengan bersikap berterima kasih dapat menundukkan sifat bongkak dan takbur serta ego seperti sikap aku diatas tadi.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya. (Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)

TERIMA KASIH PADA TUHAN

Namun bagaimana pula sikap kita terhadap ALLAH? pernahkah kita melahirkan rasa syukur kita terhadap nikamtNya yang melimpahi kita setiap detik... bukankah biadap jika tidak mengucapkan terima kasih pada seseorang yang telah menolong kita ketika dalam kesusahan. Apatah lagi tuhan. rasa berterima kasih pada tuhan bukan setakat mengucapkan syukur sahaja. masyarakat kini sering salah anggap dengan cukup sekadar melafazkan Alhamdulillah. definisi dan manifestasi rasa bersyukur termasuklah dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya serta menggunakan nikmat yang di kurniakan ke jalan yang betul. Pernah tak terdengar seseorang yang mendapat anugerah kerana mendedahkan auratnya lantas mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada tuhan walhal terang-terangan dia melanggar hukum tuhan. pelik bukan... Betapa mentaliti masyarakat kita pada hari ini memerlukan sinaran dakwah dan apakah tindakan kita? mudahan-mudahan kita semua sentiasa dikurniakan hidayahNya dan dipelihara iman. Ameen.

“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah Al-Qasas: 56)


*petikan
LAFAZ YANG TERSIMPAN

mengapakah sukar menyusun bicara,
meluahkan rasa menutrkan sayang
kasih yg terlimpah hanya sekadar tingkah
cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat
cinta yg merona
jika hanya renungan mata
yang bersuara bukan tutur kata
tiada lagi erti pengucapan
andai akhir nafas di hujung helaan
sebelum mata rapat terpejam
usah biar kehilangan
menggantikan lafaz yang tersimpan.