Thursday, September 16, 2010



ya allah istiqamahkan ramadhan kami sehingga ketemu lagi di ramadhan depan...amiiiiin

Wednesday, January 27, 2010

Pilihan Raya lagi...!!!

* Baru lepas tengok dak2 penggerak mengedar dengan sesuka hati. bila saya nk bg kawan saya sticker pro-m kat kawan saya kat bilik ada yg nak rampas dari tangan, hisshh.. sangat tidak beradab. jika nak hak orang sila minta dengan baik, kalau dah tuan punya badan x nak bagi redha jelar..oppss org 2 mne paham konsep redha dalam islam...sorii..

Assalamualaikum wbt

hmm... sudah hari ke 2 berkempen baru terasa gelombang pilihan raya...
rata-rata student um yg diservey setiap fakulti masih 'blur' dan x thu langsung akan sistem e-voting ini. malah terdapat pelajar 1st year yg di survey mengatakan pilihan raya bulan 2. bila ditanya mana dapat maklumat, masing-masing mengatakan PM-PM (pembantu mahasiswa) mereka yg bgtahu. alahai adik-adik mengapa biarkan diri anda diperbodohkan oleh mereka.

kertas berwarna-warni oren n kuning semakin berlambak. hmm... yg kat kolej ni yg banyaknye kesan koyak je. pelbagai isu dibgkitkan walaupun ada yg diulang2 n dah lapuk. saya amk satu cth, edisi pilihan raya jilid 1 penggerak mahasiswa. antara isunya mengenai kes saudari ayuni pada PRK sesi lepas. bg student 1st year yg tidak berda di UM wak2 mesti salah faham apa yg berlaku. panjelasan disini dari org yg mengalami sendiri. malah propaganda yang digunakan banyak berkisarkan jauhi budaya fitnah. tapi seingat sayalah, dari apa yang berlaku pada diri saya dan sahabat saya pada sesi lepas di kolej kesayangan ini adalah sebaliknya.

masih terngiang ngiang kut tatkala diri ini digelar munafik atas tuduhan tidak berasas terhadap perbuatan yg bukan dilakukan oleh saya. bukan minat saya nak menguar-uarkan perkara yang lepas. tapi saya rasa ini pilihan yang dapat saya buat. kerana apa, kerana supaya bahaya FITNAH ini tidak terus diterima tanpa penilaian sewajarnya dari masyarakat. bertanyalah pada kedua belah pihak jika ingin tahu perkara sebenar. bak kata ayahanda TNC HEPA jangan terima sesuatu perkara itu secara membabi buta. selidik dahulu kebenaranya.

kalau diseidik pada adik-adik 1st year, banyak maklumat salah dan berat sebelah disampaikan kepada mereka. malah siap diugut lagi sebagai menakutkan mereka. pesan saya kepada adik-adik dan rakan-rakan sekelian, sila ambil tahu dan selidik hak-hak anda walau dimana anda berada. contoh jika anda diugut akan dibuang kolej kerana menyokong sesetengah pihak, ingatlah bahawa mereka tiada hak dan kuasa untuk berbuat demikian selagi anda masih mengikut undang-undang dan memenuhi syarat-syarat untuk stay kolej. jika ternyata mereka berjaya berbuat demikian, jangan lupa bahawa ada kuasa lebih kuat diatas sana dan kita jumpa di padang mahsyar.(konsep paling mudah dalam menghadapi kerenah birokrasi dan manusia.)

kata-kata daripada seorang sahabat saya yang neutral menenangkan hati saya yang panas, "memang kita semua tahu mereka berat sebelah dan 'bias' kepada pihak kamu (pro mahasiswa), tetapi percayalah kebenaran itu kalau disorok macam mana pun akan tersingkap jua dan ALLAH yang tentukan segala-galanya. hati-hati manusia ini ALLAH yang pegang, hasutlah macam mana pun kalau dah ALLAH tetapkan hati dia nk undi yg mana, itulah yang akan diundinya. insya Allah."

DEPAN KITA ADA???? ALLAH

UNDILAH CALON-CALON UMUM ANDA

FADZIL

HAFIZ ILYAS

SITI NADZIRAH

SITI ZURAINI

SYAFIQ BADRISHAH

CHANG KHENG FAI

GOH CHIN HOW

HENRY OJUKWU

LEE KEANG KIET





"LIHAT,INGAT,PANGKAH"



P/S : gmbr2 x dpt dikongsi wat masa ni. masalah sket nk up load.

Saturday, January 2, 2010

PERUBAHAN lagiii....aduuuuhhh..


nampaknya PERHIMPUNAN ANAK PAHANG mengalami perubahan lagii..hehe maaf yek sume. harap2 lepas ni x ada perubahan lagi.
maklumat terbaru :

tarikh : 6 feb 2010
masa : 7.30am-5.00 pm
(berkumpul jam 7.00am di perhentian bas utama (belakang perpustakaan)
tempat : MMU, Cyberjaya

*ada ralat tarikh n waktu berkumpul dalam poster diatas
wallahualam...

Monday, December 14, 2009

PERUBAHAN Perhimpunan Anak Pahang!

dengan ini dimaklumkan kepada seantero dunia bahawa Perhimpunan Anak Pahang Dan Pelancaran Sedekad MAMPAN sempena 10 tahun penubuhan MAMPAN telah diubah kepada seperti butiran berikut:

Tarikh : 9 JANUARI 2009
Tempat : UIA, Gombak
Masa : 7.00 MALAM


tawaran masih dibuka kepada sesiapa yang berminat!
hubungi saya segera!!!

Tuesday, December 1, 2009

MAMPAN kembali...

Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (MAMPAN) kembali lagi. MAMPAN kerjasama Yayasan Pahang akan mengadakan Perhimpunan Anak Pahang Dan Pelancaran Sedekad MAMPAN sempena 10 tahun penubuhan MAMPAN. Turut hadir Dato' Seri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang. Butiran Program seperti berikut:

TARIKH : 2 JANUARI 2010
TEMPAT :MMU,Cyberjaya
MASA : 7.00 MALAM


Pengngkutan akan disediakan bagi setiap kampus. penginapan turut disediakan bagi kampus luar lembah Klang. Bagi mahasiswa UM sebanyak 5 buah bas disediakan. Bagi mahasiswa UM yang ingin pergi sila hubungi saya di adikkua@yahoo.com @ 013-6294091. Sila beri NAMA PENUH, no KAD PENGENALAN dan NO TELEFON. kalau ada kawan yg duk UM pun leh bg no contact diorang pada saya untuk dihubungi.

wallahualam



Monday, November 9, 2009

Penuh Keyakinan!!



Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, Dikau yang maha pengasih lagi maha penyayang, Engkau memberikan kasih sayang mu dengan melimpah ruah, Engkau tetap memberikan walaupun kami sering lalai dan lupa kepada mu.

Ampunlah segala dosa kami Ya Affuw yang maha pemaaf, Ya Ghafur yang maha pengampun, Ya Tawwab yang maha penerima taubat.

Ya Allah Ya Alim yang maha berilmu, Yang HAkim yang maha bijaksana, YaRashid yang maha pandai, kami hamba Mu yang lemah ini bakal menghadapi peperiksaan yang amat penting bagi kami untuk meneruskan perjuangan menegakkan islam, maka Ya ALLAH, kau kurniakanlah sedikit ilmuMu, sedikit kebijaksanaanMu dan kecerdasanMu agar kami dapat menjawab soalan dengan tenang, baik dan teratur dan Ya ALLAH Y a Malik, hanya padaMu kami bertawakal, tiada yang lain Ya ALLAH. Amin..

*Bicara hati (doa) dengan penghayatan ALLAH Ya Sami' melalui penghayatan Asma AL Husna- prof madya wan maseri

Monday, September 7, 2009

KENANGAN TASEK BERA MENGGAMIT...

16 OGOS- 18 OGOS 2009

ALhamdulillah saya telah berkesempatan mengikuti satu kerja lapangan kelas limnologi bertempat di TASEK BERA!

WAAH..saya begitu teruja kerana jarang sekali peluang sebegini tiba

banyak sekali pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang berada disana.. dan yang penting sekali membuka pintu hati dan akal akan keagungan ALLAH SWT sekaligus menambah keimanan dan ketakwaan kepadaNya...

sebagai muslim yang seharusnya kita mencintai alam sekitar, Tasek Bera menjadi destinas sesuai sebagai tempat kunjungan kita semua...

kami bertolak dari UM sekitar pukul 10 pagi dan sampai di sana hampir pukul 3 lebih.

kedatangan kami disambut mesra staf UM yang telah datang sehari lebih awal serta beberapa pakcik orang asli... kami dibawa ketempat penginapan menaiki pajero dan van. melihat sahaja pondok yang bakal kami menginap dari jauh cukup membuatkan sesetengah dari kami teruja. apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah masuk ke hutan.

waah, ini sukup baik.saya ingatkan kami akan tidur dalam khemah berlantaikan tanah.hehe..

nama kg tersebut

Barisan pondok tempat kami menginap handmade by orang asli

kemudahan dalam resort pondok kami..hehe

Hari pertama kami tidak diberikan aktiviti khusus dan sekadar berjalan-jalan ke rumah orang asli berdekatan

masuk hari kedua kami dibahagi kepada 2 kumpulan yang akan bergilir-gilir ke sungai dan tasik. kumpulan saya mendapat giliran ke sungai pada sebelah pagi.

sampai sahaja dilokasi kami bertembung dengan pengail ikan yag sedang menjual hasil tangkapannya. ikan yang dikail bukan sebarangan. ikan mahal tu..baung,tapah...dll. sekilo boleh mencecah harga RM 25 keatas.

Dayah dengan hasil tangkapan

Dan tugasan pertama pun bermula!!

kumpulan kami


Prof Z sedang memberi tunjuk ajar (>_<)
Petangnya pula giliran kami turun ketasik dengan menaiki bot..Bersedia untuk pengembaraan yang lebih mencabar!


jangan berebut-rebut kat kak ika tutor kami

Bismillah...GO pakcik!!! bawak laju-laju sket

Dayah dengan alat paling mahal multipurpose(200k)

kami agak beruntung mendapat giliran ke tasik pada waktu petang kerana sempat menikmati suasana matahari terbenam. indahnya tak terkata...

subhanallah

'dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada diantara keduanya dengan main-main'
16,alAnbiya,

dah penat lar menaip,nantilar saya sambung...huhu