Thursday, June 11, 2009

EGO pada insan bergelar IBU.. WAJARkah kita


Sebenarnya bukanlah sekadar kisah ibu yang ingin saya bawakan disini tetapi berkait rapat dengan sikap kita yang jarang kita selidiki dan perhatikan. Bermulanya kisah......

Sejak lahir sampai besar la ni, entah berapa kali kita ucap terima kasih kat mak ayah kita kan...lagi-lagi mak... mak ayah saya bukan jenis yang suka berterus terang perasaan mereka hatta dengan anak-anak mereka sendiri... jadi melekatlah pesen macam tu kat kami adik beradik. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menzahirkan rasa berterima kasih kepada ibu bapa kita kan.

EGO..

Dulu aku mempunyai perasaan agak ego dengan mak aku. mungkin kerana mak aku bukan seorang berpendidikan hingga ke IPT dan hanya pada SPM. walaupun begitu mak aku kaya dengan ilmu terutama kemahiran seperti memasak, menjahit dan macam-macam lagilah. Tapi entahlah,apabila ibu mengomen apa yang aku buat aku akan menganggap yang mak aku tak tahu apa-apa. terukkan...Astaghfirullah berdosanya aku. aku juga jarang mengucapkan terima kasih pada mak aku. sejak aku tingkatan satu aku menginap di asrama dan hanya pulang ke rumah aku di Temerloh 2-3 kali je setahun. tapi tak pernah pun aku
homesick rindukan rumah. mungkin sifat keras hati yang ada pada aku membuatkan aku begitu.

TRANSFORMASI

hinggalah aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. di sini aku dipertemukan illahi dengan sahabat-sahabat yang mulia akhlaknya. subhanallah betapa mereka ini mengetuk pintu hati aku dengan hanya bermodalkan akhlak mereka. hati aku bertukar lembut dengan kasih sayang dan akhlak yang mereka hulurkan. (transformasi hati dan fikrah...hehe). sikap aku terhadap mak ayah aku turut berubah.(walaupun tak sampai 60%..huhu :(... ) hinggalah satu hari aku terdengar lirik nasyid lafaz yang tersimpan. betapa hatiku dipuput sayu dan hiba secara tiba-tiba. betapa aku tidak mahu mak abah ku meninggalkan dunia ini tanpa sempat mendengar sepatah pun kata terima kasih daripada aku. Sejak saat itu aku cuba mengamalkan sikap berterima kasih kepada ibu bapaku. termasuklah mengajarkannya pada adik-adikku.

sesungguhnya tiada apa pun yang berkurang jika kita berterima kasih dengan seseorangkan, malah akan membungakan kasih sayang. malah dengan bersikap berterima kasih dapat menundukkan sifat bongkak dan takbur serta ego seperti sikap aku diatas tadi.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya. (Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)

TERIMA KASIH PADA TUHAN

Namun bagaimana pula sikap kita terhadap ALLAH? pernahkah kita melahirkan rasa syukur kita terhadap nikamtNya yang melimpahi kita setiap detik... bukankah biadap jika tidak mengucapkan terima kasih pada seseorang yang telah menolong kita ketika dalam kesusahan. Apatah lagi tuhan. rasa berterima kasih pada tuhan bukan setakat mengucapkan syukur sahaja. masyarakat kini sering salah anggap dengan cukup sekadar melafazkan Alhamdulillah. definisi dan manifestasi rasa bersyukur termasuklah dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya serta menggunakan nikmat yang di kurniakan ke jalan yang betul. Pernah tak terdengar seseorang yang mendapat anugerah kerana mendedahkan auratnya lantas mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada tuhan walhal terang-terangan dia melanggar hukum tuhan. pelik bukan... Betapa mentaliti masyarakat kita pada hari ini memerlukan sinaran dakwah dan apakah tindakan kita? mudahan-mudahan kita semua sentiasa dikurniakan hidayahNya dan dipelihara iman. Ameen.

“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah Al-Qasas: 56)


*petikan
LAFAZ YANG TERSIMPAN

mengapakah sukar menyusun bicara,
meluahkan rasa menutrkan sayang
kasih yg terlimpah hanya sekadar tingkah
cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat
cinta yg merona
jika hanya renungan mata
yang bersuara bukan tutur kata
tiada lagi erti pengucapan
andai akhir nafas di hujung helaan
sebelum mata rapat terpejam
usah biar kehilangan
menggantikan lafaz yang tersimpan.


No comments:

Post a Comment