Monday, September 7, 2009

KENANGAN TASEK BERA MENGGAMIT...

16 OGOS- 18 OGOS 2009

ALhamdulillah saya telah berkesempatan mengikuti satu kerja lapangan kelas limnologi bertempat di TASEK BERA!

WAAH..saya begitu teruja kerana jarang sekali peluang sebegini tiba

banyak sekali pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang berada disana.. dan yang penting sekali membuka pintu hati dan akal akan keagungan ALLAH SWT sekaligus menambah keimanan dan ketakwaan kepadaNya...

sebagai muslim yang seharusnya kita mencintai alam sekitar, Tasek Bera menjadi destinas sesuai sebagai tempat kunjungan kita semua...

kami bertolak dari UM sekitar pukul 10 pagi dan sampai di sana hampir pukul 3 lebih.

kedatangan kami disambut mesra staf UM yang telah datang sehari lebih awal serta beberapa pakcik orang asli... kami dibawa ketempat penginapan menaiki pajero dan van. melihat sahaja pondok yang bakal kami menginap dari jauh cukup membuatkan sesetengah dari kami teruja. apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah masuk ke hutan.

waah, ini sukup baik.saya ingatkan kami akan tidur dalam khemah berlantaikan tanah.hehe..

nama kg tersebut

Barisan pondok tempat kami menginap handmade by orang asli

kemudahan dalam resort pondok kami..hehe

Hari pertama kami tidak diberikan aktiviti khusus dan sekadar berjalan-jalan ke rumah orang asli berdekatan

masuk hari kedua kami dibahagi kepada 2 kumpulan yang akan bergilir-gilir ke sungai dan tasik. kumpulan saya mendapat giliran ke sungai pada sebelah pagi.

sampai sahaja dilokasi kami bertembung dengan pengail ikan yag sedang menjual hasil tangkapannya. ikan yang dikail bukan sebarangan. ikan mahal tu..baung,tapah...dll. sekilo boleh mencecah harga RM 25 keatas.

Dayah dengan hasil tangkapan

Dan tugasan pertama pun bermula!!

kumpulan kami


Prof Z sedang memberi tunjuk ajar (>_<)
Petangnya pula giliran kami turun ketasik dengan menaiki bot..Bersedia untuk pengembaraan yang lebih mencabar!


jangan berebut-rebut kat kak ika tutor kami

Bismillah...GO pakcik!!! bawak laju-laju sket

Dayah dengan alat paling mahal multipurpose(200k)

kami agak beruntung mendapat giliran ke tasik pada waktu petang kerana sempat menikmati suasana matahari terbenam. indahnya tak terkata...

subhanallah

'dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada diantara keduanya dengan main-main'
16,alAnbiya,

dah penat lar menaip,nantilar saya sambung...huhu

No comments:

Post a Comment